Walaupun hari nih dah 16 Syawal, rasenye masih sempat kalo aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam. Dah lame aku nak update pasal raya tapi masa x mengizinkan. Banyak sangat keje yang menanti selepas raya. What a hectic student life! -_-"
Anyway, seperti orang lain, aku pon nak berkongsi pengalaman raya aku tahun ni. Tapi tahun ni x de gamba sebab camera aku rosak<-- hint for my next birthday!! ahahaa..~
25th September 2008, Khamis
- Balik kampung bersama Jannah (ee) & sepupu aku, Ain. Mulanya, kami bercadang nak bertolak selepas kelas OM, lebih kurang pukul 10am tapi ain tetiba ade test pukul 5pm. So, Jannah bagi cadangan kami bertolak pukul 3am keesokan harinye. Tapi by tengahari, seme osmet aku dah balik (Madu, Gta n Fiqa), jadi aku dengan bersemangatnye ajak derang bertolak after test ain abes. Luckily derang stuju!!! Kami bertolak around 6pm n Jannah yang drive all da way from Tronoh to Kerteh. Thanks dear..~
26th September 2008, Jumaat
- Sampai umah around 2am. After angkut barang2 seme, aku trus terlelap. Penat sangat (walaupon aku hanye drive setengah jam!). Pertama kali bersahur dengan keluarga, seronok! After sahur, adik2 mahu tengok baju raya derang. Alhamdulillah, derang gembira dengan pilihan aku. Aku pon gembira bila derang gembira. After solat subuh, aku ke pasar, menolong ummi. Ramai yang mula membeli barang2 masakan untuk raya tapi keadaan still terkawal.
27th September 2008, Sabtu
- Selepas ke pasar, aku bawa ummi & keluarga yang lain ke Kuala Terengganu. Ummi kate dia x de pape nak beli, cume nak temankan makcik aku shopping. Tapi kalo dah namenye kluar shopping, x kan x beli pape. Ummi belikan adik aku sehelai kemeja dan sedikit makanan ringan utk juadah Hari Raya nanti.
28th September 2008, Ahad
- Petang sebelum berbuka, aku dikejutkan dengan berita nenekku dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Terkial-kial aku bangun dari tidor dan terus ke hospital. Perasaan bersalah menyelubungi hati kerana sepanjang aku pulang, belom skalipon aku berbuka di rumah nenekku. Aku mendoakan keselamatannye bersama sepupu2 ku yang laen. Alhamdulillah, DIA mendengar doa kami. Nenekku akhirnye sedar, tapi terpaksa dirawat di hospital. Kami menerima berita itu walaupon Hari Raya hanya tinggat 2 hari sahaja. Doktor memberitahu, nenekku pengsan kerana tiada glukosa dalam darah dan keadaanye sekarang sudah stabil.
29th September 2008, Isnin
- Seperti biasa, aku ke pasar menolong ummi. Habis berniaga, aku ke hospital menjenguk nenekku. Keadaannye makin stabil & jika tiada apa2 masalah, nenekku boleh pulang petang itu. Kami sekeluarga amat gembira, sape yang nak beraya kat hospital kan! hee..~ Petang itu, aku menerima panggilan telefon dari sepupuku memberitahu nenekku sudah pulang. Alhamdulillah!
30th September 2008, Selasa
- Hari terakhir berpuasa. Keadaan di pasar amat tidak terkawal, as usual. Sampai aku dimarahi kerana lambat menyempurnakan permintaan mereka. Ikotkan hati & badan yang penat nih, nak je aku membalas balik tapi Customer Is Always Right.<-- whuteva!!!!!! Juadah berbuka hari tu hanyelah kue teow goreng kerana kami mahu menyediakan juadah raya malam itu juga. Malamnye, aku menolong umi menyediakan juadah raya pilihan kami. Ketupat + Rendang Daging + Nasi Minyak + Kari Ayam. Nyum2.. Aku x mahu makan lagi, nanti x de feel raya! hikhik...~~
1st October 2008, Rabu
- Hari ini Hari Raya. Tahun ini sedikit berbeza pada diriku kerana pertama kali menyambut raya tanpa atukku. Aku tidak dapat menahan rasa sebak bila membacekan Yassin di kuburnya. Tiada lagi gurauan dari atukku. Paling diingati, tiada lagi kedengaran suara atukku bertakbir di pagi raya. Bersama semua keluarga, kami menziarah kubur atukku. Semoga rohnye dicucuri rahmat..
- Seperti biasa, aku menziarah ke semua umah saudara terdekatku. Seronok dapat berjumpe mereka semua. Lagi seronok bila dapat duit raya, makin tua makin banyak pulak collection duit raya aku. hikhik..~ Dan itulah aktiviti aku sepanjang Raya Pertama, dari pagi sampai ke malam! penat2..~
2nd October 2008, Khamis
- Hari Raya kedua. Tiada special aktiviti yang di plan hari ini. Paginye aku sambung lagi aktiviti menziarahku, kali ini ke rumah ibu saudaraku. Menunye ialah laksa kuah putih dan juga laksa penang. best2!! Selepas itu, x banyak yang kulakukan. Tengok tv + makan + tedor + tengok tv lagi... Petangnye, aku bersama sepupuku menyediakan sate bakar. aku bukanlah penggemar sate, tapi seronok dapat berkumpul & makan bersama..
3rd October 2008, Jumaat
- Hari Raya ketiga. Hari ini kami bercadang mahu berkelah di Air Terjun Cemerong. Selepas 1 jam perjalanan, kami sampai ke destinasi. Adik2 dan sepupuku yang laen trus melompat ke dalam air. Aku sahaja yang masih di darat. Aku x bercadang nak mandi pon kerana air terjun tersangatlah sejuknye! Aku hanye merendamkan separuh pinggang dan ke bawah! wahahaa...
- Pulang berpicnic, semuanye keletihan dan lebih senang menghabiskan masa dengan menonton tv kecuali aku. Tv yang menonton aku! =D.
Hari2 seterusnya tidak banyak yang istimewa. aku meneruskan hari2 ku seperti biasa sehinggalah aku pulang ke UTP on 12th October 2008. Yes!! Anda tidak salah membaca & mata anda juge tidak rabun. Saya bercuti dari 25th September hingga 12th October. 18 hari!! sekian..~