Thursday, October 16, 2008

RAYE 2008

Walaupun hari nih dah 16 Syawal, rasenye masih sempat kalo aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua umat Islam. Dah lame aku nak update pasal raya tapi masa x mengizinkan. Banyak sangat keje yang menanti selepas raya. What a hectic student life! -_-"
Anyway, seperti orang lain, aku pon nak berkongsi pengalaman raya aku tahun ni. Tapi tahun ni x de gamba sebab camera aku rosak<-- hint for my next birthday!! ahahaa..~


25th September 2008, Khamis
  • Balik kampung bersama Jannah (ee) & sepupu aku, Ain. Mulanya, kami bercadang nak bertolak selepas kelas OM, lebih kurang pukul 10am tapi ain tetiba ade test pukul 5pm. So, Jannah bagi cadangan kami bertolak pukul 3am keesokan harinye. Tapi by tengahari, seme osmet aku dah balik (Madu, Gta n Fiqa), jadi aku dengan bersemangatnye ajak derang bertolak after test ain abes. Luckily derang stuju!!! Kami bertolak around 6pm n Jannah yang drive all da way from Tronoh to Kerteh. Thanks dear..~

26th September 2008, Jumaat

  • Sampai umah around 2am. After angkut barang2 seme, aku trus terlelap. Penat sangat (walaupon aku hanye drive setengah jam!). Pertama kali bersahur dengan keluarga, seronok! After sahur, adik2 mahu tengok baju raya derang. Alhamdulillah, derang gembira dengan pilihan aku. Aku pon gembira bila derang gembira. After solat subuh, aku ke pasar, menolong ummi. Ramai yang mula membeli barang2 masakan untuk raya tapi keadaan still terkawal.

27th September 2008, Sabtu

  • Selepas ke pasar, aku bawa ummi & keluarga yang lain ke Kuala Terengganu. Ummi kate dia x de pape nak beli, cume nak temankan makcik aku shopping. Tapi kalo dah namenye kluar shopping, x kan x beli pape. Ummi belikan adik aku sehelai kemeja dan sedikit makanan ringan utk juadah Hari Raya nanti.

28th September 2008, Ahad

  • Petang sebelum berbuka, aku dikejutkan dengan berita nenekku dimasukkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri. Terkial-kial aku bangun dari tidor dan terus ke hospital. Perasaan bersalah menyelubungi hati kerana sepanjang aku pulang, belom skalipon aku berbuka di rumah nenekku. Aku mendoakan keselamatannye bersama sepupu2 ku yang laen. Alhamdulillah, DIA mendengar doa kami. Nenekku akhirnye sedar, tapi terpaksa dirawat di hospital. Kami menerima berita itu walaupon Hari Raya hanya tinggat 2 hari sahaja. Doktor memberitahu, nenekku pengsan kerana tiada glukosa dalam darah dan keadaanye sekarang sudah stabil.

29th September 2008, Isnin

  • Seperti biasa, aku ke pasar menolong ummi. Habis berniaga, aku ke hospital menjenguk nenekku. Keadaannye makin stabil & jika tiada apa2 masalah, nenekku boleh pulang petang itu. Kami sekeluarga amat gembira, sape yang nak beraya kat hospital kan! hee..~ Petang itu, aku menerima panggilan telefon dari sepupuku memberitahu nenekku sudah pulang. Alhamdulillah!

30th September 2008, Selasa

  • Hari terakhir berpuasa. Keadaan di pasar amat tidak terkawal, as usual. Sampai aku dimarahi kerana lambat menyempurnakan permintaan mereka. Ikotkan hati & badan yang penat nih, nak je aku membalas balik tapi Customer Is Always Right.<-- whuteva!!!!!! Juadah berbuka hari tu hanyelah kue teow goreng kerana kami mahu menyediakan juadah raya malam itu juga. Malamnye, aku menolong umi menyediakan juadah raya pilihan kami. Ketupat + Rendang Daging + Nasi Minyak + Kari Ayam. Nyum2.. Aku x mahu makan lagi, nanti x de feel raya! hikhik...~~

1st October 2008, Rabu

  • Hari ini Hari Raya. Tahun ini sedikit berbeza pada diriku kerana pertama kali menyambut raya tanpa atukku. Aku tidak dapat menahan rasa sebak bila membacekan Yassin di kuburnya. Tiada lagi gurauan dari atukku. Paling diingati, tiada lagi kedengaran suara atukku bertakbir di pagi raya. Bersama semua keluarga, kami menziarah kubur atukku. Semoga rohnye dicucuri rahmat..
  • Seperti biasa, aku menziarah ke semua umah saudara terdekatku. Seronok dapat berjumpe mereka semua. Lagi seronok bila dapat duit raya, makin tua makin banyak pulak collection duit raya aku. hikhik..~ Dan itulah aktiviti aku sepanjang Raya Pertama, dari pagi sampai ke malam! penat2..~

2nd October 2008, Khamis

  • Hari Raya kedua. Tiada special aktiviti yang di plan hari ini. Paginye aku sambung lagi aktiviti menziarahku, kali ini ke rumah ibu saudaraku. Menunye ialah laksa kuah putih dan juga laksa penang. best2!! Selepas itu, x banyak yang kulakukan. Tengok tv + makan + tedor + tengok tv lagi... Petangnye, aku bersama sepupuku menyediakan sate bakar. aku bukanlah penggemar sate, tapi seronok dapat berkumpul & makan bersama..

3rd October 2008, Jumaat

  • Hari Raya ketiga. Hari ini kami bercadang mahu berkelah di Air Terjun Cemerong. Selepas 1 jam perjalanan, kami sampai ke destinasi. Adik2 dan sepupuku yang laen trus melompat ke dalam air. Aku sahaja yang masih di darat. Aku x bercadang nak mandi pon kerana air terjun tersangatlah sejuknye! Aku hanye merendamkan separuh pinggang dan ke bawah! wahahaa...
  • Pulang berpicnic, semuanye keletihan dan lebih senang menghabiskan masa dengan menonton tv kecuali aku. Tv yang menonton aku! =D.

Hari2 seterusnya tidak banyak yang istimewa. aku meneruskan hari2 ku seperti biasa sehinggalah aku pulang ke UTP on 12th October 2008. Yes!! Anda tidak salah membaca & mata anda juge tidak rabun. Saya bercuti dari 25th September hingga 12th October. 18 hari!! sekian..~

Wednesday, September 24, 2008

Tagged by GTA

Rules:-

  • Link to your tagger and post these rules in your blog
  • Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
  • Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
  • Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog.

Kene tag ngan Gta. This is my 2nd tag after i tagged myself 5 months ago! hee.. =)

  • Aku x makan any food yang mengandungi susu or cheese. Even biskut raya yang dibuat daripada butter pon aku x dapat terima. Purely liquid milk lagilah aku x minum. But, I like pizza n spaghetti and I drink teh susu but not milo! Pelik ke??

  • Aku suke ponteng kelas especially kelas yang aku rase tak mendatangkan input kat aku. I know its not a good habit but its already become a habit! hee..~ Antara subject yang menjadi mangsa aku : Reaction Engineering by Dr Azmuddin & Chemical Thermodynamics by Ir Aziz. But I still got A for both subjects. Rahsia kejayaan?? Last minutes makes perfect! =p

  • Aku suke dengar muzik sambil stadi. Walaupon ade orang tanye, cemane nak focus mcm tu? Aku x ada jawapan kepada soalan tu, but its works for me.

  • Bila tiba stadi week, kitar tidur aku akan bertukar. Siang tedo malam berjaga. Aku lebih proactive di waktu tengah malam sampailah subuh. Stadi sambil dengar muzik. Tapi aku ada satu pengalaman lucu yang nak share ngan korang. Ada skali tu (around 3-4am), diwaktu aku tengah stadi sambil mendengar lagu2 di winamp, aku tetibe rase semacam. mcm ada orang memerhatikan aku. trus tuka dari lagu2 kepada ayat2 suci al-quran! teruknye aku, bile susah baru nak ingat DIA.

  • Aku cepat homesick. Buktinye, aku hanya berada seminggu di MRSM Kuala Terengganu, which only about one hour from my home! Skang pon, aku selalu balik. Housemates aku balik 2-3 times per semester, tapi aku akan balik paling kurang 4 times per semester.

  • I loves watching da same movies again n again. Famous Korean series, Full House, aku da khatam spuluh kali kot. Rite now, rindu my My Girl collection. Its a special and first gift from someone. But my kezen dah hilangkan. Sowie dear..~ =(

  • Last fact to share, aku suke main game kat laptop. start with spider solitaire, then zuma and a lot more! bila aku tension stadi or mood stadi aku melarikan diri bersama mood gta, aku akan main game sampai jari aku penat menekan mouse. hee..~

Next, I would like to tag ALIN, KATHY, ASRUL, ROSLI and AIMAN. Sowie x cukup 7 tapi ni je blogs yang aku selalu visit. =)

Friday, September 19, 2008

Bila engineer bersahur

Tuesday, 16th September 20008, 5:15 am

  • HUSNA : Nape kuah ni pekat semacam?

  • FIQA : A ah, kuah ni high viscositylah.

  • JANNAH : Kalo high viscosity, porosity kene high jugak, baru oil dapat lalu.

  • GTA : Betol2, tapi kenape kuah nih tetibe pekat?

  • HUSNA : Sebab kite dah quenchkan dia dalam peti sejuk then crack kan dia dengan air panas

Monday, April 07, 2008

TAG

Hati aku terbuka untuk wat tag ni. cam best jer nengok alin wat.. walaupon aku x di tag, tapi aku nak wat gak.. I dun care! hahaha...
INSTRUCTIONS - You guys kena menjawab soalan- soalan yang telah pun disediakan. Tetapi here’s the twist - You’ve got to answer the questions sambil mendengar lagu di Winamp or any music players, with list of your favorite songs in random / shuffle mode. And to make things even interesting, the questions are to be answered based on the songs you are currently listening to - like for each new question, you gotta hit “NEXT” on your player and see what song comes up next, and from there, you gotta answer the questions and the answer gotta be berdasarkan atau berkaitan dengan that particular song.
Here are the questions:-

1. If Someone Say “Is This Ok?”, You Say?

  • ELYANA - Kau atau aku. ahaha...

2. What Would Best Describe Your Best Personality?

  • IN TEAM - Ratu syahadah. =p

3. What Do You Like In A Guy / Girl?

  • FAIZAL TAHIR - Kasih tercipta.. Between guy and girl?? yes! =)

4. How Do You Feel Today?

  • MILA AF5 - Persis mutiara.. oho~~

5. What Is Your Life Purpose?

  • HIJJAZ - Sumayyah.. Alhamdulillah~~ =p

6. What Is Your Motto?

  • RIHANNA - Hate that i love u.. huh??

7. What Do Your Friends Think About You?

  • MELLY - Apa ertinye cinta. X de kaitan kot...

8. What Do You Think About Your Parents?

  • ELLA - Rama rama.. budus~~ ahahahaa.... kalo camtu, aku kepomponglah!

9. What Do You Think About Very Often?

  • DAFI AF5 - Bila terasa rindu. ??????

10. What Do You Think About Bestie?

  • EZLYNN - Cinta pura pura. ntahlah...

11. What Do You Think Of The Person You Like?

  • DAYANG NURFAIZAH - Hilang.. x hilanglah! jauh je sket.. =p

12. What’s Your Life Story?

  • FAIZAL TAHIR - Mahakarya cinta

13. What Do You Want To Be When Grow Up?

  • ENRIQUE IGLESIAS - Tired of being sorry... adei, x de kaitan kot!

14. What Do You Think When You See The Person You Like?

  • JUSTIN TIMBERLAKE - Summer love set the mood prelude. ;) ahaha~~

15. What Do Your Parents Think Of You?

  • AMY ADAMS - That's how you know

16. What Will You Dance To At Your Wedding?

  • ANUAR ZAIN - Lelaki ini. haa, best!! =)

17. What’s Your Hobby / Interest?

  • ZAMANI - Damai di hati. Hope so...

18. What’s Your Biggest Fear?

  • 200 POUNDS BEAUTY OST - Maria. Does dis means fat?? ahahaa...

19. What’s Your Biggest Secret?

  • EBI & MILA - My heart.. Oho~ ^_^

20. What Do You Think About The Person Who Started This Tag?

  • RYAN CABRERA - True.. betol ke ni alin?? =p

21. What Do You Think About The Person Who Tagged You To Do This Entry?

  • JACLYN VICTOR - without you.. tapi x de orang pon yang tag aku sebenarnye! ahaha..

Abes dah! Kesimpulannye, I enjoy doing dis.. best2x!! Credit to alin!

Next aku nak tag: GTA, ROSLI & ASRUL

Sunday, April 06, 2008

TABAHLAH WAHAI HATI

A person who truly likes u and knows u is the one who sees the pain in your eyes while everyone else still believes in the smile on your face
Do I have one??
-I MISS U-