Sunday, November 22, 2009

Alam Pekerjaan

Seminggu sahaja lagi aku akan berangkat ke Bandaraya Kuala Lumpur untuk sesi orientasi PETRONAS. Aku bukanlah tidak gembira hendak ke sana cuma memikirkan akan meninggalkan keluarga dalam keadaan cuaca yang tidak menentu, mematahkan sedikit semangat aku untuk memulakan alam pekerjaan. tapi alhamdulillah, setakat ini kawasan persekitaran kediamanku masih lagi bertahan. ada juga kawasan yang terpaksa berpindah dek kerana banjir. bersabarlah.. aku berdoa mereka dapat bertahan bertahan dengan ujian dariNya ini.

Mungkin ramai yang sudah tahu, aku sudahpun menerima tawaran pekerjaan dari PETRONAS. Alhamdulillah.. Semasa menerima surat tawaran tiga bulan lepas, aku terkejut campur terharu. tak sangka dapat tawaran awal sedangkan aku perlu melaporkan diri dalam bulan Disember. kawan2 yang lain diberi sebulan notis tapi tak pelah, mereka lebih tahu apa yang mereka lakukan. hee.. tambah terkejut lagi bila tengok tempat aku bakal bekerja, PETRONAS Carigali, Kota Kinabalu, SABAAAAHHHH...!!! mula2 tu rasa sedih jugak tapi memikirkan tanggungjawab pada keluarga yang menanti, aku tabahkan hati. lagipon, insyaAllah tak selamanya duk sana.

Bila aku khabarkan pada kawan2, mereka semua bagi sokongan kat aku. Ada yang nak jumpa aku kat sana sebab ayah dia kerja kat sana, kan Illy?? hee.. setakat ni, proses aku nak ke sana dipermudahkanNya. Rumah sewa dah ada, thanx to Nathalia, Kiki and Fraces (btol ke eja ni??) Tinggalnya, aku masih tak tahu bidang kerja yang aku terima. kata mereka, position yang aku dapat, agak mencabar. aku tak tau nak komen sebab aku agak tak tau pape pasal petroleum. Internship pon dalam bahagian proses. Field engineer, anyone??